Kes Zara Qairina: Shafie Apdal hadiri prosiding komital hina mahkamah

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiba di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini pada Rabu bagi menghadiri prosiding komital berhubung dakwaan menghina mahkamah yang dikaitkan dengan kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Presiden Parti Warisan (Warisan) yang tiba sekitar jam 9 pagi itu turut diiringi pasukan peguamnya yang terdiri daripada Chen Ket Chuin KC, bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam.
Prosiding didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan dan pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan.
Untuk rekod, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dalam satu ucapan di Sandakan pada tahun lalu menyifatkan kematian remaja itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.
Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai 2025 di bawah bangunan asrama di sebuah sekolah menengah agama di Papar dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
Inkues dijalankan bagi mengetahui punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu yang berlangsung sejak 3 September 2025 dan ketika ini masih diteruskan.
Ringkasan AI
- KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hadir ke Mahkamah Sesyen untuk prosiding komital berhubung dakwaan menghina mahkamah
- Presiden Parti Warisan itu diiringi oleh pasukan peguamnya
- Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan mendengar prosiding tersebut
- Mohd Shafie dikaitkan dengan kenyataan tentang inkues kematian Zara Qairina Mahathir
- Zara Qairina, 13, meninggal dunia setelah ditemukan tidak sedarkan diri, inkues masih berlangsung
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
