Klopp laksana ‘eksperimen pemain’ berdepan Norwich City

Klopp - Foto Getty Images
Klopp - Foto Getty Images
A
A
A

AKSI berdepan Norwich City pada Sabtu, bakal dimanfaatkan sebaiknya oleh pengendali Liverpool, Jurgen Klopp bagi melakukan beberapa ‘eksperimen’ dalam kalangan pemain The Reds.

Menurut Klopp, eksperimen berkenaan secara keseluruhannya bertujuan untuk mengenal pasti gandingan-gandingan baharu yang mampu memikul tanggungjawab menggantikan pemain-pemain utama kelak.

Malah katanya, eksperimen berkenaan juga diharap dapat membentuk keserasian yang mantap dalam kalangan pemain.

“Kita mungkin merehatkan beberapa pemain utama bagi aksi berdepan Norwich dan menurunkan gandingan-gandingan baharu.

“Diharapkan, kita dapat mengenal pasti gandingan-gandingan baharu itu dan seterusnya akan membantu kita untuk sentiasa bersedia sekiranya berlaku masalah penggantungan atau kecederaan pemain,” katanya.

Untuk rekod, Liverpool kini berada pada kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 54 mata, setelah mengharungi 24 perlawanan.

Malah, skuad The Reds itu dilihat hampir menempah slot ke suku akhir Liga Juara-Juara setelah menang 2-0 ke atas gergasi Serie A, Inter Milan bagi aksi pertama kalah mati di San Siro pada Rabu.

Mengulas lanjut, Klopp berkata, eksperimen berkenaan dibuat bagi memberikan peluang kepada pemain-pemain utama untuk mendapatkan rehat yang secukupnya setelah mengharungi jadual yang agak padat minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

“Setelah mengharungi jadual padat, saya fikir pemain perlu berehat seketika sebelum kembali beraksi.

“Oleh itu, kita akan lakukan eksperimen dengan mencuba gandingan baharu seperti di barisan pertahanan, tengah dan serangan,” katanya.