United suka 'sedekah' gol

Erik ten Hag. Foto AFP
Erik ten Hag. Foto AFP
A
A
A

ERIK ten Hag tidak berpuas hati dengan dua gol yang dilepaskan Manchester United ketika menang 4-2 ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Khamis.

Kejayaan mengatasi Sheffield menyaksikan United menamatkan rentak empat perlawanan tanpa kemenangan dalam EPL, sekali gus meningkatkan harapan The Red Devils untuk layak ke kejohanan Eropah ketika mereka bergerak mengatasi Newcastle ke tangga keenam.

The Blades yang kekal dalam zon penyingkiran berjaya mendahului selepas kesilapan Andre Onana membolehkan Jayden Bogle menjaringkan gol berikutan hantaran kurang cermat penjaga gol itu kepada Diogo Dalot.

Tetapi tujuh minit kemudian Harry Maguire menyamakan kedudukan, namun lapan minit kemudian Sheffield kembali mendahului menerusi gol Ben Brereton Diaz yang merembat masuk dari jarak dekat.

Bagaimanapun, pendahuluan pasukan pelawat hanya bertahan 11 minit apabila Fernandes menyamakan kedudukan dari sepakan penalti sebelum dia melepaskan rembatan menakjubkan dari jarak jauh untuk meletakkan United di hadapan.

Kapten United itu kemudiannya mencipta bantuan gol untuk membolehkan Rasmus Hojlund meledak jaringan pada minit ke-85.

Ten Hag percaya pasukannya bermain dengan baik secara keseluruhan, tetapi mereka perlu mengurangkan kesilapan yang membawa kepada kedua-dua gol Sheffield United.

“Ia adalah permainan yang bagus untuk penonton.

Artikel Berkaitan:

"Empat gol dan banyak peluang yang kami cipta, ia adalah permainan yang sangat dinamik.

“Saya rasa kami bermain agak baik, juga mencipta lebih banyak peluang.

"Banyak yang positif tetapi ada juga yang negatif.

Bolos dua gol yang tidak boleh diterima.

Kami perlu mengelakkannya daripada berulang.

“Kami mahu bermain bola sepak yang dinamik dan menyerang. Itulah yang kita lihat.

"Lebih-lebih lagi selepas musim sejuk, kami sangat kreatif, kami mencipta banyak peluang dan kami juga menjaringkan banyak gol, itu bagus," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!