JDT atasi kelab dibarisi Mahrez, Firmino

JDT sedang mengharungi aksi pra musim di Sepanyol. Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS
JDT sedang mengharungi aksi pra musim di Sepanyol. Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS
A
A
A

JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengorak langkah untuk menguasai Asia apabila terus melakar peningkatan ranking melalui kemas kini terbaharu laman analisis bola sepak, Opta Analyst.

JDT kini berada pada kedudukan ke-14 Asia dengan 75.1 mata selain turut meningkat pada kedudukan ke-324 dunia dalam senarai yang menghimpunkan sebanyak 13,448 pasukan dari seluruh dunia.

Kemas kini ranking itu juga menyaksikan Harimau Selatan mengatasi beberapa kelab ternama seperti kelab dari Liga Pro Saudi, Al-Ahli yang dibarisi pemain seperti Roberto Firmino dan Riyad Mahrez di kedudukan ke-19 Asia.

Dalam pada itu, kedudukan JDT itu jauh meninggalkan pasukan dari Liga Malaysia yang lain dengan Selangor FC merupakan pasukan kedua terbaik dari Malaysia.

Skuad Gergasi Merah itu berada pada kedudukan ke-143 Asia apabila mengumpul 65.2 mata diikuti Terengganu FC (TFC) pada kedudukan ke-192 Asia dengan 62.8 mata.

Ketika ini, JDT sedang mengharungi tujuh aksi pramusim di Sepanyol dan telah mencatatkan aksi memberangsangkan dalam tiga perlawanan persahabatan yang diadakan di sana.

Pasukan kendalian Hector Bidoglio itu mencatatkan kemenangan ke atas Real Murcia 3-0, menewaskan CF La Nucia 3-1 dan membelasah Club Costa City 7-0.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: