X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

40 peratus populasi dewasa negara terima dos penggalak

Sebanyak 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19 - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 9,364,326 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Isnin.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan semalam.

Selain itu, seramai 22,903,466 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, 147,655 dos suntikan vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,884,363.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 12 kes kematian direkodkan semalam. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!