X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

36 lagi kematian akibat Covid-19

KKM melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,574 orang. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,574 orang, daripada 2.64 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, lapan daripada 36 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 62,668 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 51,062 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,124 orang pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 4,992 kes dirawat di hospital dan 490 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 221 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 269 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!