Korea Selatan turunkan tahap jangkitan Covid-19 kepada selesema bermusim

Korea Selatan akan menurunkan tahap jangkitan Covid-19 kepada kategori terendah untuk menguruskan penyakit itu seperti selesema bermusim. - Foto EPA
Korea Selatan akan menurunkan tahap jangkitan Covid-19 kepada kategori terendah untuk menguruskan penyakit itu seperti selesema bermusim. - Foto EPA
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan akan menurunkan tahap jangkitan Covid-19 kepada kategori terendah untuk menguruskan penyakit itu seperti selesema bermusim dan menarik balik semua sekatan antivirus serta kembali sepenuhnya kepada keadaan normal prapandemik, kata pihak berkuasa kesihatan pada Rabu.

Langkah itu dibuat ketika jumlah jangkitan Covid-19 menurun buat kali pertama dalam tempoh hampir dua bulan minggu lepas, lapor Yonhap.

Covid-19 dikategorikan sebagai Kelas 1 pada Januari 2020 dan diturunkan ke tahap kedua pada April tahun lepas.

Penyakit kelas 4, tahap jangkitan paling rendah di negara ini, termasuk influenza dan penyakit tangan, kaki dan mulut, memerlukan pengawasan berasaskan spesimen.

Pesakit yang dijangkiti penyakit Kelas 2, seperti tuberkulosis, campak dan taun, diasingkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Negara itu mencatatkan purata harian 40,400 jangkitan baharu untuk minggu 15-21 Ogos, merosot 17.7 peratus daripada 49,000 seminggu sebelumnya.

Namun, arahan pemakaian pelitup muka di hospital dan rumah penjagaan masih dikekalkan. - Bernama-Yonhap

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!