Pesawat TUDM terhempas

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.07 malam, Selasa.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.07 malam, Selasa.
A
A
A

BUTTERWORTH - [DIKEMASKINI] Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini.

Dalam satu kenyataannya, TUDM berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 10.07 malam, Selasa.

"Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih," katanya.

Sebuah pesawat TUDM dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth.
Sebuah pesawat TUDM dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam kejadian malam Selasa, sebuah pesawat TUDM terhempas dalam sesi latihan di dalam Pangkalan Udara Butterworth TUDM di sini melibatkan dua juruterbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017

Artikel Berkaitan:

Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti

TUDM tidak memaklumkan mengenai anggota yang terbabit tetapi difahamkan kemalangan menyebabkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Sinar Harian masih menunggu pengesahan dari pihak TUDM berhubung perkara itu.

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi TUDM, sejarah pangkalan udara Butterworth bermula dalam tahun 1941 apabila Tentera Udara Diraja British (RAF) membuka sebuah pangkalan pembaikan pesawat.

Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) kemudian menggunakan pangkalan pembaikan ini sebagai penempatan pesawat peninjau menggunakan pesawat Brewster Buffalo.

Pangkalan Udara Butterworth diserahkan kepada TUDM pada 31 Mac 1970 sebagai memenuhi Persetujuan Dudley, 1955.

Kem tersebut kini merupakan pangkalan udara utama untuk TUDM.

TUDM Butterworth juga dijadikan ibu pejabat Sistem Pertahanan Udara Bersepadu IADS di bawah Rancangan Pertahanan Lima Negara FPDA melibatkan Malaysia, Australia, Singapura, New Zealand dan United Kingdom.