Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti

Nahas itu berlaku pada lebih kurang jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).
Nahas itu berlaku pada lebih kurang jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM di sini, malam Selasa.

Sementara, Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017

"Kedua-dua juruterbang telah berkahwin. Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan," katanya.

Nahas itu berlaku pada lebih kurang jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.

"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih.

"Pihak TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Sisatan terperinci mengenai insiden ini," ujarnya.