Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas

Keadaan di lokasi kejadian.
Keadaan di lokasi kejadian.
A
A
A

SHAH ALAM - Persimpangan Elmina menuju Elmina Barat, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup susulan sebuah pesawat peribadi yang dilaporkan terhempas pada petang, Khamis.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, laluan untuk keluar dan masuk ke Elmina di kedua-dua arah dari Lebuhraya GCE ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembersihan dan siasatan selesai.

“Menurut laporan awal, kemalangan turut melibatkan sebuah motosikal. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ambulans dan Peronda GCE telah berada di lokasi kejadian untuk kerja-kerja pembersihan dan mengawal trafik.

“Laluan terlibat ditutup buat sementara dan pengguna diminta untuk menggunakan laluan alternatif.

Sebarang aduan dan pertanyaan, sila hubungi hotline Prolintas di 1 800 22 8888,” menurut kenyataan berkenaan.

Seramai 10 individu dipercayai maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Seksyen U16, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian pada jam 2.40 petang itu, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas.

Pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi dan sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang, namun pesawat itu dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

Artikel Berkaitan:

Semasa terhempas, pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina