Seorang maut, seorang lagi parah insiden letupan di kilang

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian letupan di sebuah kilang kitar semula di Taman Perindustrian Bukit Rambai, di sini pada Selasa.
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian letupan di sebuah kilang kitar semula di Taman Perindustrian Bukit Rambai, di sini pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian letupan di sebuah kilang kitar semula di Taman Perindustrian Bukit Rambai, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 1.32 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat melecur teruk, manakala seorang lagi lelaki berusia 32 tahun mengalami kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati letupan berlaku ketika kerja-kerja kimpalan sedang dijalankan di dalam kawasan kilang berkenaan.

“Letupan dipercayai melibatkan peralatan kimpalan jenis cranking unit (CRU). Seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun mengalami lecuran kira-kira 90 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi mangsa mengalami lecuran kira-kira lima peratus dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, kejadian itu tidak melibatkan kebakaran, sebaliknya hanya letupan namun berjaya dikawal dan tidak melibatkan sebarang masalah sepanjang tindakan dijalankan.

Turut berada di lokasi kejadian ialah pihak polis dan KKM bagi membantu operasi serta siasatan lanjut.

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dan seorang lagi parah dalam letupan di kilang kitar semula di Melaka
  • Letupan berlaku ketika kerja-kerja kimpalan dijalankan
  • Mangsa berusia 44 tahun meninggal di tempat kejadian dengan lecuran 90 peratus
  • Seorang lagi mangsa berusia 32 tahun mengalami lecuran lima peratus dan dihantar ke Hospital Melaka
  • Kejadian dikawal tanpa melibatkan kebakaran dan disiasat oleh pihak bomba, polis serta KKM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!