Enam ditahan bergaduh tepi jalan

Pergaduhan berlaku di tepi Jalan Ho Tian Wan pada awal pagi Ahad lalu.
Pergaduhan berlaku di tepi Jalan Ho Tian Wan pada awal pagi Ahad lalu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Polis menahan enam lelaki warga tempatan berusia antara 23 hingga 52 tahun kerana terlibat dalam pergaduhan di tepi Jalan Ho Tian Wan, di sini awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 3.08 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Susulan maklumat tersebut, polis berjaya menahan kesemua suspek kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Madras.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku akibat perselisihan faham antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kesemua suspek direman selama tiga hari bermula Ahad hingga hari ini bagi membantu siasatan.

"Empat daripada enam suspek telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar manakala dua lagi dijadikan saksi pendakwaan.

“Kesemua yang dituduh mengaku bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 setiap seorang,” katanya lagi.

Beliau menambah, orang ramai dinasihatkan tidak menyelesaikan sebarang perselisihan secara kekerasan dan sentiasa mematuhi undang-undang demi menjaga ketenteraman awam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan enam lelaki warga tempatan terlibat pergaduhan di George Town
  • Pergaduhan berlaku akibat perselisihan faham
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh
  • Empat suspek dituduh dan dikenakan denda RM1,000 setiap seorang
  • Orang ramai dinasihatkan tidak menyelesaikan perselisihan secara kekerasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!