PDRM tunggu kebenaran Thailand ekstradisi Sajat

Nur Sajat
Nur Sajat
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan permohonan ekstradisi terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang ditahan di negara jiran sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil berkata, permohonan ekstradisi turut dihantar kepada Australia iaitu Nur Sajat dilaporkan memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

"Proses permohonan untuk mengekstradisi Sajat sudah disiapkan dan dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga, Australia.

"Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya daripada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa pulang Sajat dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

"Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau jenayah buruan dilaksanakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Abd Jalil berkata, proses membawa pulang Sajat akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa.

"Permohonan tersebut akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada mereka mahu memenuhi permintaan kita atau tidak," katanya.

Sinar Harian 23 September melaporkan bahawa pihak polis dalam proses membawa pulang usahawan kosmetik tersebut selepas beliau ditahan pihak berkuasa Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

Artikel Berkaitan:

Nur Sajat dikehendaki di negara ini kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Satu waran tangkap turut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lepas selepas usahawan kosmetik itu gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya.