Pusat akuatik untuk Sukma dibina di Kelantan

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat (tengah) berdiri belakang bersama tenaga pegajar dan 20 atlet renang dari Akademik As -Sibahah 2020 U-BeS di di Hotel H-Elite di Bandar Baru Tunjung di sini pada Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat (tengah) berdiri belakang bersama tenaga pegajar dan 20 atlet renang dari Akademik As -Sibahah 2020 U-BeS di di Hotel H-Elite di Bandar Baru Tunjung di sini pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah pusat akuatik bernilai lebih RM20 juta akan dibina di Kelantan sebagai persediaan menjadi tuan rumah penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-22 dijangka berlangsung pada tahun 2026.

Infrastruktur lengkap mengikut spesifikasi ditetapkan itu akan dibina di Islamik City Centre terletak di Tiong, Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, peruntukan pembinaan pusat akuatik atau kompleks renang itu termasuk dalam keseluruhan kos RM600 juta bagi pembinaan kesemua 16 fasiliti sukan bagi penganjuran temasya itu.

"Fasiliti tersebut juga akan digunakan sebagai lokasi latihan bagi melatih dan ‘melahirkan’ atlet-atlet Sukma dari Kelantan.

“Pada masa sama, Kelantan terus menitikberatkan dan berpegang teguh kepada prinsip sukan patuh syariah. Jadi, sebahagian aktiviti, latihan dan penganjuran pertandingan membabitkan wanita seperti acara renang akan diadakan secara tertutup,” katanya selepas Majlis Penyerahan Peserta Akademi As-Sibahah Uresetia Belia dan Sukan (U-BeS) 2020 kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan di Hotel H-Elite di Bandar Baru Tunjung, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MSN negeri Tuan Aziz Tuan Mat dan Pengarah U-Bes, Nasruddin Mahmud Muhaidin.

Dalam majlis itu, dua peserta iaitu Nik Muhammad Firdaus Nik Zukiflee,15, dan A’isyatul Awatif Zulkarnain, 15, menerima Anugerah Khas Pelatih Terbaik Akademik As -Sibahah 2020.

Roslan berkata, Kelantan kini mengatur langkah dalam melatih atlet terutama bagi acara renang untuk persediaan Sukma edisi ke-20 di Johor pada tahun 2022.

Artikel Berkaitan:

“Kelantan juga akan menyerap masuk altet terpilih dari sekolah-sekolah agama di seluruh negeri yang berusia 13 tahun hingga 15 tahun dan dilatih menerusi Akademi As-Sibahah U-BeS selama enam bulan.

“Bagi siri pertama, seramai 20 atlet renang dari Akademi As-Sibahah iaitu 10 lelaki dan 10 perempuan diserahkan kepada MSN negeri bagi meneruskan sesi latihan untuk sasaran emas dalam Sukma edisi ke-20 di Johor nanti,” katanya.

Tambah Roslan, pihaknya rancak membina dan membaik pulih pelbagai kemudahan sukan di Kelantan menerusi peruntukan RM500 juta yang disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kerja-kerja adalah termasuk pembinaan stadium baharu di Bukit Merbau, Pasir Putih, pembinaan kompleks sukan tertutup, sukan menembak dan velodrom yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun sebelum Sukma edisi ke-22 Kelantan,” katanya.