Tuchel kagum aksi Lukaku

Lukaku meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. - Foto PA Images/Sipa USA
Lukaku meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. - Foto PA Images/Sipa USA
A
A
A

PENGENDALI Chelsea Thomas Tuchel kagum dengan aksi penyerang baharu The Blues, Romelu Lukaku yang dilihat telah beraksi cemerlang ketika menewaskan Arsenal 2-0 di Emirates pada Isnin.

Menurut Tuchel, kehadiran pemain Belgium itu nyata memberikan impak selain membentuk persefahaman yang baik dengan duo serangan sedia ada; Kai Harvertz dan Mason Mount.

"Kami tidak mengharapkan terlalu banyak daripadanya kerana kami tahu kemampuannya.

"Kami tahu profil dirinya; tetapi kami tidak memberikan terlalu banyak info bagaimana dia akan beraksi untuk kami.

"Bagi kami, dia memiliki 'kekuatannya' sendiri dan paling penting, dia kelihatan serasi dengan pemain-pemain lain," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Lukaku membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum bek kanan, Reece James menjaringkan gol kedua pada minit ke-35 bagi memastikan tiga mata buat The Blues.

Sementara itu Tuchel berkata, biarpun berpuas hati dengan kemenangan berkenaan, namun masih ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki skuad kendaliannya itu pada perlawanan akan datang.

Malah katanya, jentera serangan Chelsea juga dilihat semakin menyengat ketika ini.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini, kami berdepan masalah dari segi serangan; namun ia telah dapat diatasi dengan cepat dan ini boleh dilihat pada penguasaan kami di babak kedua perlawanan.

"Apapun, kami sebenarnya mampu beraksi lebih baik dan kehadiran Lukaku ternyata memberikan nilai tambah kepada pasukan," katanya.