Jesus beri kelegaan kepada Arsenal

Jesus mungkin diletakkan di bangku simpanan dalam aksi Arsenal menentang Fulham pada Sabtu. - Foto Agensi
Jesus mungkin diletakkan di bangku simpanan dalam aksi Arsenal menentang Fulham pada Sabtu. - Foto Agensi
A
A
A

JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta boleh menarik nafas lega apabila Gabriel Jesus kembali berlatih selepas penyerang itu menunjukkan proses pemulihan lebih pantas akibat kecederaan lutut.

Pemain berusia 26 tahun itu menjalani prosedur pembedahan kecil selepas terpaksa disingkirkan sebelum aksi Perisai Komuniti akhir bulan lalu.

Kecederaan itu dialami ketika Piala Dunia Qatar tahun lalu, namun dia semakin hampir untuk cergas sepenuhnya.

Arteta sebelum ini memberitahu bahawa Jesus perlu menjalani pembedahan kecil agar kecederaannya itu tidak berulang.

“Jesus berada dalam keadaan baik. Dia juga sangat kecewa kerana ia berlaku ketika dia berada dalam prestasi terbaik.

“Tiada sesiapa menjangkakannya dan prosedur kecil perlu dilakukan. Ia adalah keputusan terbaik yang perlu dilakukan,” katanya.

Jesus dilihat menyertai sesi latihan para Khamis seperti dirakam kamera Sky Sports dengan mengambil bahagian pada sesi pemanas badan sebelum sesi latihan utama.

Kecederaan lutut yang dialami Jesus itu menyaksikannya tidak dapat beraksi sebahagian besar musim lalu apabila terlepas 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum kembali beraksi pada Mac.

Artikel Berkaitan:

Dia mungkin diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan bertemu Fulham di laman sendiri pada Sabtu dengan tahap kecergasannya akan terus dipantau.