Pochettino sedia terima Lukaku

Lukaku
Lukaku
A
A
A

PENGURUS Chelsea, Mauricio Pochettino membuka pintu untuk Romelu Lukaku kembali menyertai skuad utama pasukan itu jika pemain Belgium tersebut datang berbincang dengannya.

Pochettino masih belum bercakap dengan Lukaku yang ketika ini berlatih dengan pasukan bawah 21 tahun Chelsea selepas berlakunya kemelut antara pemain itu dan pengurusan pasukan.

Lukaku dilaporkan diminta untuk berpindah, tetapi pemain berusia 30 tahun itu menolak perpindahan ke Arab Saudi dan masih menunggu tawaran lain terutama daripada Juventus.

Juventus kekal berminat dengan Lukaku tetapi masih belum membuat tawaran konkrit untuk penyerang itu.

Dengan hanya tinggal satu minggu tempoh jendela perpindahan, Lukaku tampak tidak akan meninggalkan Chelsea dan The Blues dilaporkan bersedia untuk kembali membawa pemain itu dalam pasukan utama.

"Keadaan tidak berubah. Seperti biasa saya beritahu anda dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Kita akan lihat apa yang berlaku pada masa hadapan tetapi pada masa ini, keadaan tidak berubah.

"Jika hasrat anda dan kelab adalah untuk mencari penyelesaian, itu bukan saya. Mereka yang perlu bercakap dengan saya.

"Dalam kes ini, pemain dan kelab mesti bercakap dengan saya dan memaklumkan kepada saya bahawa ada sesuatu yang berubah. Saya tidak akan berpindah sehingga kelab dan pemain itu mahu bercakap dengan saya. Saya di sini," katanya.

Artikel Berkaitan: