Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara

Kelihatan kenderaan yang dipercayai membawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memasuki pekarangan pintu 2 Istana Negara.
Kelihatan kenderaan yang dipercayai membawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memasuki pekarangan pintu 2 Istana Negara.
A
A
A
KUALA LUMPUR- Kenderaan membawa Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.

Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.

Beliau merupakan pemimpin kedua daripada Kerajaan yang sembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Selain beliau, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijadual menghadap Seri Paduka Baginda hari ini.

Beliau dijangka sembah maklum pada jam 2.30 petang disusuli Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dijadual sembah maklum pada jam 3.30 petang.

Difahamkan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga dijadual menghadap pada waktu pagi, namun sehingga jam 10.30, masih belum kelihatan kelibat beliau atau wakil daripada parti tersebut.

Berdasarkan kenyataan daripada beberapa pemimpin semalam, sembah maklum yang masuk hari kedua hari ini dijangka membincangkan perkara sama.

Antara perkara dibangkitkan termasuklah mengenai proklamasi darurat, ekonomi dan penularan Covid-19.

Sejak dari jam 8.00 pagi, petugas media sudah mula berkumpul di Pintu 2 Istana Negara namun lokasi sedikit jauh berbanding semalam, kira-kira 100 meter dari pagar.

Artikel Berkaitan:

Menurut pesanan ringkas diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), media diarahkan untuk berpindah atas arahan daripada Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN Agong cari jalan selesai kemelut negara

Amanah rayu Agong guna kuasa buka semula Parlimen

SINAR PM: PKR terus desak Parlimen segera bersidang