Aminuddin tiba di Istana Besar Seri Menanti

Kenderaan Aminuddin dilihat tiba di Istana Besar Seri Menanti
Kenderaan Aminuddin dilihat tiba di Istana Besar Seri Menanti
A
A
A

KUALA PILAH - Kenderaan membawa Pengerusi Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Aminuddin Harun dilihat memasuki Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada jam 2.09 petang Isnin.

Beliau dilihat tiba bersama isterinya, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Kedua-duanya sempat melambaikan tangan kepada media dan juga penyokong yang berkumpul berhampiran istana tersebut.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan dijadualkan pada jam 3 petang.

Menteri Besar akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sementara itu turut kelihatan tiba beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan(PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beberapa penyokong PH pula mula berkumpul di padang awam berhadapan Resort Seri Menanti.

Artikel Berkaitan: