X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Amanah rayu Agong guna kuasa buka semula Parlimen

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas keluar dari Istana Negara di Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan kuasa Seri Paduka Baginda agar Parlimen dapat bersidang segera.

Beliau berkata, hasrat tersebut disampaikan menerusi sembah menghadap yang berlangsung selama sejam pada Rabu.

"Saya telah meminta agar Parlimen dapat dibuka semula dan boleh bersidang seperti di United Kingdom (UK). Di sana, ketika pandemik Covid-19 sedang teruk, lebih kerap Parlimen bersidang kerana rakyat nak tahu apa kemajuan kerajaan.

"Bukan macam kita (Malaysia), kes Covid-19 teruk, tapi Parlimen tutup," katanya ketika ditemui pemberita selepas keluar dari Istana Negara di sini pada Rabu.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, sepanjang sesi sembah menghadap itu, semua hasrat parti dan rakyat telah disampaikan.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada budi bicara dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah untuk bertindak.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda mendengar dengan teliti segala hujah yang disampaikan.

"Saya beritahu yang rakyat sekarang sudah sampai ke peringkat mengambil makanan di pusat khidmat wakil rakyat kerana mereka tidak ada pendapatan.

"Pemandu Grab juga tidak ada penumpang, bagaimana mereka mahu makan. Masalah rakyat adalah serius, bukan main-main," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: DAP suarakan isu kerajaan gagal tangani Covid-19

Anwar kemuka usul tamat darurat kepada Agong, tiada usul tukar kerajaan

Agong cari jalan selesai kemelut negara


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!