Putrajaya bandar pertama capai 100 peratus pendaftaran vaksinasi

Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya menjadi bandar pertama di negara ini mencapai 100 peratus pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya menjadi bandar pertama di negara ini mencapai 100 peratus pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya menjadi bandar pertama di negara ini mencapai 100 peratus pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

"Saya pohon Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi perhatian untuk menyegerakan vaksinasi di Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mensasarkan ketiga-tiga wilayahnya menjadi yang pertama mencapai imuniti berkelompok.

Populasi di Putrajaya setakat ini mencapai 92,000 orang.

Artikel Berkaitan: