Jenazah Siti Masitah selamat dikebumi

No Image Caption
A
A
A

PEKAN - Jenazah kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dalam keadaan tragis di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir pada 9 Februari lalu selamat dikebumikan pada pukul 8.45 malam ini.

Anggota keluarga, saudara mara serta penduduk setempat mengiringi jenazah Siti Masitah Ibrahim,11, ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang Kemahang selepas siap disembahyangkan di surau kampung berkenaan.

Jenazah sebelum itu dimandi dan dikapankan di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota Kuantan selepas dituntut ibunya, Solihah Abdullah,35, dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada pukul 6 petang tadi.

Dia yang ditemani sepupunya Norasiah Abdul Manan,33, kelihatan tidak dapat mengawal perasaan dan terpaksa dipapah keluar oleh Norasiah selepas dipanggil oleh pihak polis untuk melihat jenazah anak ketiga daripada empat beradik itu.

Bapa kanak-kanak dibunuh Ibrahim Ali,39, sugul ketika menyiram air ke pusara anaknya Siti Masitah Ibrahim,11, yang mati dibunuh dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang, malam ini. - Foto Bernama
Bapa kanak-kanak dibunuh Ibrahim Ali,39, sugul ketika menyiram air ke pusara anaknya Siti Masitah Ibrahim,11, yang mati dibunuh dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang, malam ini. - Foto Bernama

Solihah yang ditemui di Unit Forensik sebelum itu berkata, pihak polis menghubunginya pada jam 4 petang tadi memaklumkan bahawa jenazah anaknya itu boleh dituntut untuk proses pengkebumian.

"Alhamdulilah sebab sudah boleh dibawa keluar untuk disembahyang dan dikebumikan, kesian... sudah lama dia di sini (Unit Forensik), Insya-ALLAH akan dikebumikan malam ini juga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Budak dibunuh kejam, organ dalaman hilang

Siti Masitah dibunuh kerana dendam

Keluarga Siti Masitah tak simpan dendam terhadap suspek

Reman suspek kes bunuh Siti Masitah dilanjut

Jenazah Siti Masitah dituntut keluarga

Mayat Siti Masitah sebelum ini ditemui dalam keadaan tragis dengan kepala terpisah serta beberapa organ dalaman hilang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini 9 Februari lalu.

Polis mengesahkan mangsa dibunuh dengan kejam pada hari yang sama dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu oleh seorang lelaki yang merupakan kenalan rapat keluarganya kerana motif dendam dan marah.

Bedah siasat yang dilakukan mendapati kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat 'probable head injury' dan terdapat kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah dipercayai akibat dipukul dengan kayu.

Berikutan itu suspek yang berusia,23, tahun telah ditahan reman sehingga 24 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama