Gelandangan ditemui mati dalam longkang

Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dalam sebuah longkang di Jalan Sultanah, Batu Pahat pada Khamis.
Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dalam sebuah longkang di Jalan Sultanah, Batu Pahat pada Khamis.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki gelandangan ditemui sudah meninggal dunia dalam longkang oleh orang awam, di Jalan Sultanah di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut pada jam 5 petang.

"Pihak polis dengan bantuan bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat kemudian mengeluarkan mangsa.

"Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa, mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah. Si mati dipercayai telah jatuh ke dalam longkang binaan batu konkrit di tempat kejadian dan lemas akibat pengaliran air," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat orang awam, mangsa merupakan seorang gelandangan yang sering kelihatan di kawasan tersebut.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui identiti mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Pihak polis meminta orang ramai atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan si mati supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan pihak polis.

"Maklumat boleh juga disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Batu Pahat melalui talian 07-4363300," katanya.

Artikel Berkaitan: