Siti Masitah dibunuh kerana dendam

Lokasi mayat Siti Masitah (gambar kecil) ditemui selepas 11 hari hilang.
Lokasi mayat Siti Masitah (gambar kecil) ditemui selepas 11 hari hilang.
A
A
A

KUANTAN - Dendam didakwa menjadi punca pembunuhan Siti Masitah Ibrahim, 11, oleh suspek yang dikenali keluarga mangsa yang berasal dari Kemboja.

Kanak-kanak berketurunan Melayu Champa itu dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala oleh suspek berusia 23 tahun pada hari dia dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, motif terbabit disimpulkan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan pada hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga kecederaan di rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala mangsa.

"Kecederaan ini punca mangsa meninggal dunia, selain pengakuan awal suspek yang mendedahkan penglibatan dirinya berkait dengan kehilangan mangsa selama 11 hari.

“Hasil pengakuan itu juga polis merampas senjata kayu yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siti Masitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Medang Hilir di Pekan untuk ke kedai dengan menunggang basikal kira-kira jam 5 petang 30 Januari lalu.

Mayat anak ketiga daripada empat beradik itu ditemukan kira-kira jam 4 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di dalam semak bersebelahan sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Medang Kemahang, kira-kira 3km dari rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Othman berkata, suspek yang juga warganegara Kemboja itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN:

Budak dibunuh kejam, organ dalaman hilang

Bunuh budak: Seorang lelaki warga asing ditahan