Pastikan beli al-Quran lulus KDN

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai agar memastikan setiap al-Quran yang mahu dibeli telah lulus Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jakim dalam satu kenyataan berkata, setiap al-Quran yang diluluskan telah melalui proses semakan dengan teliti.

“Jakim ingin menasihatkan kepada pembeli dan pengguna di luar sana agar memastikan al-Quran yang ingin dibeli terlebih dahulu mempunyai kelulusan KDN.

“Hal ini perlu kerana al-Quran yang telah mendapat kelulusan daripada KDN adalah al-Quran yang telah melalui proses semakan dengan teliti dan bebas kesalahan cetakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, KDN merampas 178 naskhah al-Quran di Sungai Petani yang tidak mempunyai kelulusan.

Jakim juga mengulang keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-24 bersidang pada 5-6 Jun 1989 yang telah membincangkan Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman.

“Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.

“Ini kerana ejaan rumi tidak mewakili sebutan makhraj yang tepat dan dibimbangi membawa makna yang berlainan dari makna yang sebenar,” katanya.

Artikel Berkaitan: