Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa ketika prosiding kes Najib

Najib
Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam Mahkamah Tinggi, di sini pada Selasa supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding berlangsung.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menegaskan demikian ketika peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu menyoal balas bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Akhtar Aziz berhubung dokumen berkaitan kes.

Beliau juga memohon agar semua pihak yang mengikuti perbicaraan mematuhi etika ketika berada di mahkamah.

Muhammad Shafee: Tan Sri (Zeti), saya ingin tunjukkan satu dokumen.

Zeti: Saya tidak pernah melihat dokumen ini.

Muhammad Shafee: Sudah tentu, saya akan menunjukkannya kepada anda.

Kenyataan itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai di galeri awam sebelum ditegur oleh hakim tersebut.

“Saya cuma ingin mengingatkan anda bahawa ini adalah mahkamah, bukan sketsa komedi, jadi tolong jangan ketawa terbahak-bahak kerana jika saya memutuskan untuk mengambil tindakan, saya tidak fikir ia akan menjadi bahan ketawa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Shafee kemudiannya diminta untuk menyambung soal balasnya.

Najib, 70, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok.