Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki hilang

Kali terakhir Abdullah Farouq dilihat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini.
Kali terakhir Abdullah Farouq dilihat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Selasa berkata, Abdullah Farouq Mohd Hatta, 37, kali terakhir dilihat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini.

"Seorang wanita warganegara tempatan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya dan kali terakhir dia dapat menjejaki lelaki itu di TBS.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Md Jailani Samsi di talian 016-4477875 / 03-79815053 atau balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: