Pengorbanan budak 11 tahun jaga adik-beradik

PASIR MAS - Ketika kanak-kanak lain diusianya sedang seronok bermain dan mengikuti pembelajaran, namun tidak bagi Nurul Farisha Mohd Ridzuan,11, yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.
Anak kedua daripada lima beradik itu langsung tidak pernah mengeluh malah komited menjalankan tugas yang terbaik buat abangnya, Muhammad Faris Abdullah,12, dan tiga adiknya, Muhammad Faisal, 6, Muhammad Fakhrul Rizal, 3, dan Muhammad Faiz Farhan,1.
Sambil menghayun buaian adik bongsunya, mata Nurul Farisha tidak lekang memerhatikan gelagat Muhammad Faisal dan Muhammad Fakhrul Rizal yang sedang bermain.
Bukan itu sahaja, Nurul Farisha juga akan menyediakan makanan abang dan adik-adiknya dengan menggunakan dapur kayu kerana tiada kemudahan dapur gas.