[VIDEO] Ibu, rakan 'tomboi' tak mengaku salah dera budak 7 tahun

A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang ibu tunggal serta rakan serumahnya yang juga seorang warga Singapura berperwatakan lelaki (tomboi), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas dua pertuduhan menganiayai dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di taman perumahan Layangkasa, Pasir Gudang di sini, Jumaat lalu.

Kedua-duanya membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Fatimah Zahari setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan sepanjang prosiding berlangsung, mereka dilihat saling mengalirkan air mata.

Bagi pertuduhan pertama, Nurul Ashiqin Mohamad Zahir, 27 tahun yang juga merupakan ibu kandung Muhammad Eiman Darwish dan rakannya, Awiin Chua, 30, didakwa menganiayai mangsa tempoh 1 Julai 2023 sehingga 9 Ogos hingga mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa.

Bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua rakan serumah itu didakwa mengabaikan kanak-kanak berkenaan antara tempoh 1 Julai 2023 sehingga 9 Ogos. Atas kedua-dua pertuduhan berkenaan, mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka juga berdepan hukuman denda RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Nurul Asyqin (hadapan, kanan) dan Awin (belakang, kiri), tiba di Mahkamah Sesyen, pada pagi Rabu.
Nurul Asyqin (hadapan, kanan) dan Awin (belakang, kiri), tiba di Mahkamah Sesyen, pada pagi Rabu.

Timbalan Pendakwaraya, Nur Diana Zubir menawarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 kepada Nurul Ashiqin dan Awin dengan beberapa syarat tambahan termasuk dilarang menghampiri atau berhubung dengan mangsa.

Peguam Abd Rahim Ali yang mewakili kedua-dua tertuduh kemudiannya memohon agar jumlah wang jaminan berkenaan dikurangkan kerana mereka masih belum didapati bersalah.

Katanya, tiada risiko kedua-dua tertuduh mengganggu mangsa kerana hak penjagaan bakal ditentukan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel Berkaitan:

Malah katanya lagi, Nurul Asiqin tidak bekerja dan mempunyai seorang lagi anak berusia sembilan tahun sementara Awiin pula masih bekerja di Singapura.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Nurul Asyiqin diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin sementara Awiin (RM20,000) dengan seorang penjamin warga tempatan.

Selain itu, Hakim Fatimah Zahari menetapkan syarat-syarat tambahan dengan kedua-dua tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai selain diberikan amaran agar tidak mengganggu mangsa.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 September depan sementara menantikan laporan perubatan mangsa dari Hospital Sultan Ismail (HSI).

Terdahulu tular dua klip video yang masing-masing berdurasi 24 saat dan 32 saat di muat naik dalam twitter Cikgu Suraya pada jam 6.02 petang Sabtu.

Dalam video terbabit memaparkan beberapa individu dipercayai jiran-jiran di kawasan perumahan berkenaan berkumpul di hadapan rumah meminta agar kanak-kanak lelaki berkenaan dibawa keluar.

Video seterusnya berdurasi 32 saat pula memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami beberapa luka di bahagian belakang badan termasuk kesan lepuh dan berlubang dipercayai akibat didera.

Dua klip video berkenaan turut tular dalam Facebook Layangkasa itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak tujuh tahun disyaki mangsa dera ibu bapa

Polis berkas ibu, kenalan wanita disyaki dera kanak-kanak

Budak 7 tahun didera: Jiran sering dengar jeritan, tangisan

Polis berkas ibu, kenalan wanita disyaki dera kanak-kanak

JKM kesan waris kanak-kanak mangsa dera

Budak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris

MB Johor sebak lihat keadaan adik Iman mangsa dera