United tak layak dilabel pencabar EPL

Gol ketiga Everton jaringan Dominic Calvert-Lewin yang meranapkan hasrat United untuk meraih tiga mata pada perlawanan berkenaan
Gol ketiga Everton jaringan Dominic Calvert-Lewin yang meranapkan hasrat United untuk meraih tiga mata pada perlawanan berkenaan
A
A
A

PENGENDALI Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengakui skuad kendaliannya itu tidak layak dilabel selaku pencabar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

Tegasnya, label berkenaan hanyalah sesuatu yang sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media selama ini sedangkan skuad The Red Devils itu tidak seharusnya dilabel sedemikian.

“Red Devils sebenarnya masih jauh untuk dilabel selaku pencabar (EPL); kita tidak bercakap mengenai memenangi gelaran (EPL) walaupun kami telah mara sejauh ini.

“Namun, kita tidak seharusnya dilabel sebagai pencabar kerana ia lebih kepada anggapan daripada anda (media) selama ini.

“Kita perlu menjadi pasukan yang lebih baik untuk melihat di mana kita berada pada akhirnya dan untuk itu, kita perlu memastikan untuk tidak melepaskan gol-gol mudah selepas ini,” katanya.

Terdahulu United gagal meraih tiga mata di Old Trafford apabila terikat 3-3 ketika berdepan Everton pada awal pagi Ahad.

Keputusan seri itu bagaimanapun menyaksikan United terus berada pada kedudukan kedua EPL di belakang pendahulu, Manchester City dengan 45 mata hasil 13 kemenangan, enam seri dan tewas empat kali daripada 23 perlawanan.

Sementara itu Solskjaer mengakui kecewa dengan aksi yang dipamerkan benteng pertahanan skuad The Red Devils itu pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, gol pertama dan ketiga Everton adalah hasil kesilapan penjaga gol, David De Gea manakala gol kedua hasil kesilapan Harry Maguire.

“Saya tidak seharusnya menyalahkan sesiapa tetapi kita juga tahu kita telah bermain dengan baik pada perlawanan ini, tetapi kemudiannya melepaskan tiga gol menerusi tiga percubaan pihak lawan.

“Apa pun, keputusan perlawanan pasti akan mempengaruhi mood pemain terutamanya gol ketiga pelawat yang benar-benar mengecewakan kami kerana kehilangan dua mata yang seharusnya kami pertahankan,” katanya.