City perlu contohi Manchester United

Ilkay Gundogan tidak mahu pemain City hilang fokus. Foto: AFP
Ilkay Gundogan tidak mahu pemain City hilang fokus. Foto: AFP
A
A
A

ILKAY Gundogan menggesa rakan-rakannya di Manchester City untuk kekal fokus ketika juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bersiap sedia untuk mengejar kejuaraan treble.

City dinobatkan sebagai juara EPL buat kali kelima dalam enam musim selepas Arsenal yang merupakan pencabar terdekat mereka tewas di Nottingham Forest.

Pasukan kendalian Pep Guardiola itu menikmati pesta kejuaraan mereka pada Ahad di Etihad dengan kemenangan 1-0 menentang Chelsea.

Dengan kejuaraan ketiga berturut-turut itu, City kini boleh memberi tumpuan untuk mencontohi pasukan Manchester United yang memenangi EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA pada 1998-99.

"Kami tidak tewas sebarang perlawanan selama beberapa minggu dan itulah standard yang perlu kami tetapkan untuk diri kami sendiri.

"Kami perlu melakukan perkara yang sama seperti yang telah kami lakukan dalam beberapa minggu lepas dan diharapkan ia boleh menjadi penamat musim yang sangat istimewa.

"Saya suka kelab ini dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menakjubkan. Jelas sekali, kami mahu menamatkan musim ini dengan dua lagi trofi," katanya.

Pemburuan melengkapkan kejuaraan treble City diteruskan dengan menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada 3 Jun, dan Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara di Istanbul tujuh hari kemudian.