'Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara' - Faiz

Muhammad Faiz
Muhammad Faiz
A
A
A

KUALA KEDAH - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut dan disarankan agar bersara dari arena politik selepas didakwa menghina institusi diraja Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, Muhammad Sanusi perlu dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan tersebut agar menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menghina Raja-Raja Melayu di negara Ini.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Menteri Besar seharusnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

"Mohon maaf bukan satu penyelesaian. Ini tidak akan mendidik rakyat untuk patuh kepada undang-undang. Kita hendak tegakkan kehuluran undang-undang. Kita mahu institusi diraja itu dihormati dan dijunjung oleh rakyat Malaysia. Kita tidak boleh ada pemimpin seperti Ini.

"Bagi saya Sanusi sudah tidak layak untuk menjadi Menteri Besar atau pemimpin politik, eloklah dia bersara kerana MB perlu seiring dengan Sultan walaupun berbeza negeri. Semangat menjunjung sistem beraja Ini, semangat menghormati sistem diraja Ini tidak ada pada dirinya," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Muhammad Faiz (dua dari kanan) semasa turun padang sempena Program Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah pada Isnin.
Muhammad Faiz (dua dari kanan) semasa turun padang sempena Program Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah pada Isnin.

Faiz yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata demikian selepas Program Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan di Pasar Nelayan Seberang Kota, dekat sini.

Jelasnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah bertitah pada Isnin bahawa kenyataan Muhammad Sanusi yang dianggap menghina institusi diraja Selangor, masih belum selesai.

"Bukti jelas, pihak Istana Selangor telah membuat kenyataan menyatakan kes Ini belum selesai, bermaksud permohonan maaf bukan jalan penyelesaian.

"Saya pasti beliau patut dihadapkan ke mahkamah, beliau berhadapan dengan kes dan boleh mempertahankan diri (di mahkamah)," ujarnya.

Tambah Faiz, banyak juga ucapan pemimpin tersebut sebelum ini yang turut mempertikaikan Kerajaan Perpaduan yang telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perkara tersebut boleh dianggap satu penghinaan kepada institusi diraja.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Itu sikap sebenar Sanusi' - Amirudin

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

"Sanusi perlu buat taubat Nasuha'' - Ahmad Zahid

'Kenyataan Menteri Besar Kedah melampau, kurang ajar'

Hina Sultan: AMK Selangor buat laporan polis

Hina Sultan: Pihak berkuasa perlu buka kertas siasatan terhadap Sanusi

Ahli Dewan Diraja Selangor gesa Sanusi mohon maaf secara terbuka

Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi

'Sanusi perlu sedia berdepan tindakan' - Saifuddin Nasution

Sanusi dakwa ucapan diputar belit, cubaan bunuh karakter

Sanusi utus surat kepada Sultan Selangor, mohon ampun