Lubnan enggan letupan dahsyat 4 Ogos berulang

Kesemua kontena yang ditempatkan di pelabuhan Beirut selama lebih sedekad sedia dibawa keluar dari negara itu. - Foto Twitter/ @GermanEmbBeirut
Kesemua kontena yang ditempatkan di pelabuhan Beirut selama lebih sedekad sedia dibawa keluar dari negara itu. - Foto Twitter/ @GermanEmbBeirut
A
A
A

BEIRUT - Sebuah syarikat Jerman akan menguruskan 52 kontena mengandungi bahan berbahaya di pelabuhan Beirut susulan insiden letupan dahsyat berpunca daripada bekalan ammonium nitrat pada 4 Ogos lalu.

Pengumuman itu dibuat Duta Jerman ke Lubnan, Andreas Kindl menerusi Twitter yang mengesahkan firma Combi Lift sudah merawat kesemua kontena terbabit yang sedia dibawa keluar dari negara tersebut.

Kindl pada Sabtu turut berkongsi gambar di laman blog mikro tersebut memaparkan kebocoran kimia daripada sebahagian daripada kontena berkenaan.

Langkah itu dibuat selepas Beirut memeterai kontrak dengan Combi Lift pada November lalu untuk membersihkan kontena terbabit sebagai sebahagian daripada perjanjian bernilai AS$3.6 juta (RM14.6 juta) dan pihak berkuasa pelabuhan akan membayar AS$2 juta (RM8 juta) daripada jumlah itu.

Difahamkan, kontena yang turut mengandungi bahan penghakis itu ditempatkan di zon kargo terbuka selama lebih sedekad dengan pengawasan pihak berkuasa kastam tempatan.

Menurut ketua sementara pelabuhan, Bassem al-Kaisi Beirut sekali lagi boleh berdepan insiden letupan dahsyat jika kebakaran berlaku. - AFP

Artikel Berkaitan: