13 kontena mengandungi aerosol terbakar

Anggota bomba sedang giat menjalankan aktiviti memadam kebakaran yang berlaku di North Port, Klang, Selangor pada Rabu.
Anggota bomba sedang giat menjalankan aktiviti memadam kebakaran yang berlaku di North Port, Klang, Selangor pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Sebanyak 13 buah kontena mengandungi aerosol di Jalan Pelabuhan Utara, North Port Sdn Bhd terbakar pada Rabu.

Pengarah JBPM Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM negeri telah menerima panggilan kebakaran jam 10.14 pagi.

Beliau berkata, kebakaran tersebut melibatkan kontena penyimpanan bahan mudah terbakar di pelabuhan tersebut.

"Tindakan pantas dilakukan dengan menghantar pasukan yang diperkuatkan dengan kekuatan logistik iaitu enam buah jentera FRT, water tanker (enam buah), ALP (satu unit) dan EMRS (satu unit).

"Usaha menyelamat ini dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, selain dibantu oleh BBP Sungai Pinang, BBP Kota Raja, BBP Andalas, BBP Shah Alam, BBP Cyberjaya, BBP Kota Anggerik dan juga BBP Serdang bagi tindakan pemadaman dan penyelamatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, kekuatan logistik secara keseluruhan bagi operasi menyelamatkan itu membabitkan 41 anggota dan sembilan pegawai lain-lain pangkat berserta 14 buah jentera.

Katanya, kebakaran itu melibatkan 13 unit kontena daripada keseluruhan 333 unit kontena dan dipercayai mengandungi bahan mudah terbakar iaitu aerosol.

Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan berkeluasan 10x40 kaki persegi dan 20x10 kaki persegi di Bay AA.

"Fire break berjaya dilakukan melalui kaedah pemadaman dan mengasingkan kontena yang belum terbakar menggunakan Stacker dan RTG.

"Kebakaran berjaya dikawal jam 11.40 pagi dan api dipadamkan jam 2.20 petang, namun kerja-kerja overhaul masih dilakukan di lokasi kejadian," katanya.