Covid-19: Ujian saringan bersasar secara percuma di Taman Seri Muda

Penduduk di sekitar Taman Seri muda, Seksyen 25 Shah Alam disaran menjalani ujian saringan bersasar dilaksanakan kerajaan negeri pada Khamis dan Jumaat ini.
Penduduk di sekitar Taman Seri muda, Seksyen 25 Shah Alam disaran menjalani ujian saringan bersasar dilaksanakan kerajaan negeri pada Khamis dan Jumaat ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di sekitar Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini disarankan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor pada Khamis dan Jumaat ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan, ujian saringan bersasar komuniti itu akan dijalankan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan itu, ujian berkenaan dilaksanakan di Dewan Azalea Taman Sri Muda, Seskyen 25 Shah Alam.

"Orang ramai yang tinggal di beberapa taman perumahan sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 disarankan untuk mengambil ujian saringan bersasar komuniti yang dijalankan secara percuma ini.

"Penduduk terlibat digesa segera mendaftar di laman sesawang screening.selangkah.my agar proses saringan lancar," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, STFC memaklumkan Selangor merekod 509 kes baharu setakat jam 12 tengah hari Selasa.

Punca kes baharu itu termasuk 19 kes daripada kluster sedia ada; 90 kes daripada (kluster baharu Jalan Playar, Sri Suria, Tapak Bina Bukit Semenyih, Bukit Angkat); 229 kes (hasil saringan kontak rapat dan baki 171 kes hasil lain-lain saringan Covid-19.

Kumulatif kes di Selangor kini mencapai 36,676 kes dengan 57 kematian.

Artikel Berkaitan: