Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

SHAH ALAM - Sebuah pesawat dilaporkan terhempas dalam kejadian di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini pada Khamis.
Difahamkan, pesawat itu dari Langkawi ke Subang.
Setakat ini, situasi di lokasi masih belum dapat disahkan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.