Empat lelaki didakwa bunuh bekas pengarah MARDI

Kesemua tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Kesemua tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas pengarah bahagian teknologi maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) minggu lalu.

Pengawal keselamatan, S Vickeswaran, 22; pekerja penghantaran, P Kogilan, 23; penganggur, M Ravindran, 23 dan juruteknik, T Sugu, 27, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama membunuh Dr Wan Hassan Wan Embong, 73, di rumahnya di Jalan Mambu Bukit Bandaraya di sini antara jam 3.35 dan 4 pagi pada 29 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 9 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan forensik.

ARTIKEL BERKAITAN:Pesara MARDI maut ditetak perompak

Kes bunuh bekas pengarah MARDI: Polis berkas suspek terakhir

Lepas tetak pesara MARDI, suspek rompak rumah jurutera

Pada 29 November lalu, bekas pengarah bahagian teknologi maklumat MARDI maut, manakala isterinya cedera diserang perompak bersenjatakan parang di kediaman mereka di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini.

Artikel Berkaitan:

Mangsa ditemui maut akibat kecederaan pada muka dan leher.

Pihak polis mendapat maklumat itu selepas menerima panggilan daripada anak mangsa yang memaklumkan rumah ibu bapanya dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang pada jam 4.01 pagi.

Sepasukan anggota polis yang tiba mendapati mangsa telah meninggal dunia, manakala isterinya pesara guru cedera di bahu kanan.

ARTIKEL BERKAITAN:Perompak tetak pesara dipercayai guna laluan belakang: Saksi