Kes bunuh bekas pengarah MARDI: Polis berkas suspek terakhir

Laporan Sinar Harian berkaitan kes rompakan di rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong, Ahad lalu.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes rompakan di rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong, Ahad lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas seorang lagi individu yang disyaki terlibat dalam kejadian samun serta bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong di Bukit Bandaraya di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan penangkapan itu.

Anuar
Anuar

"Ya betul, lelaki berusia 27 tahun berkenaan merupakan suspek terakhir dalam kes ini. Kes masih dalam siasatan polis, kita tidak boleh 'review' semuanya kerana boleh mengganggu siasatan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: Pesara MARDI maut ditetak perompak

Lepas tetak pesara MARDI, suspek rompak rumah jurutera

Suspek utama kes tetak Dr Wan Hassan ditahan

Terdahulu, seramai 13 individu termasuk seorang suspek utama telah diberkas.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sebelum ini memaklumkan pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa siri kes samun didalangi kumpulan itu di sekitar Lembah Klang, susulan penahanan semua suspek.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi Ahad lalu, rumah dihuni Wan Hassan dan isterinya, Sarifah Yusof, 70, di Bukit Bandaraya, Bangsar dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta wang menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahu kanan.