[VIDEO] Lelaki didakwa bunuh pemandu teksi

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja gudang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang pemandu teksi pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Tertuduh yang juga bekerja sendiri itu didakwa membunuh Mohd Latif Idris, 51 antara jam 10.09 malam hingga 10.56 malam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam sebuah teksi di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Jalan Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui mati dengan kesan cedera dalam teksi

Suspek kes bunuh pemandu teksi direman

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 27 September depan.

Tertuduh (dua dari kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang pemandu teksi pada 10 Ogos lalu.
Tertuduh (dua dari kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang pemandu teksi pada 10 Ogos lalu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Shahir Mat Jusoh.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dalam teksi yang dipandunya dipercayai ditikam penumpang.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut.

Siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian.