Malaysia tidak terjejas dalam isu pembekalan dos vaksin Covid-19

Menteri sahkan isu pembekalan dos vaksin Covid-19 tidak menjejaskan Malaysia.
Menteri sahkan isu pembekalan dos vaksin Covid-19 tidak menjejaskan Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu pembekalan dos vaksin Covid-19 yang dihadapi syarikat farmaseutikal Pfizer sebagaimana dakwaan media antarabangsa tidak akan menjejaskan pembekalan vaksin kepada negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu tersebut hanya melibatkan pengeluaran pada tahun ini dan pembekalan vaksin itu tidak terkesan untuk tahun depan.

"Saya pun sedia maklum berkenaan masalah bekalan itu tetapi dalam laporan media sama, masalah itu hanya terkesan untuk bekalan tahun 2020. Setahu saya, ini tak beri kesan kepada bekalan tahun depan iaitu bekalan untuk kerajaan Malaysia," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sasar 70 peratus rakyat terima Vaksin Covid-19 tahun depan

KKM tiada maklumat isu pembekalan dos vaksin Pfizer

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai sama ada isu pembekalan vaksin syarikat Pfizer seperti laporan Reuters itu akan memberi kesan terhadap pembekalan vaksin kepada Malaysia.

Sementara itu, Khairy berkata, kerajaan telah mengambil pendekatan mengenal pasti portfolio vaksin daripada pelbagai syarikat bagi memastikan bekalan yang cukup untuk rakyat negara ini.

Mengulas mengenai kos tambahan yang mungkin terpaksa ditanggung selain peruntukan RM3 bilion, Khairy berkata, setiap perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin akan mengambil kira kos seperti pengangkutan dan penyimpanan.

"Perjanjian dengan syarikat Pfizer contohnya, kos yang dibayar untuk setiap dos vaksin meliputi kos pengangkutan yang ditanggung oleh Pfizer sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu ketika menjawab pertanyaan asal Ahmad Fahmi, Khairy berkata, sehingga kini Malaysia telah menandatangani dua perjanjian yang memberi jaminan bekalan vaksin sebanyak 30 peratus daripada jumlah populasi negara.