Kuala Lumpur berjerebu

A
A
A

Pemandangan bangunan pencakar langit Menara KLCC (tengah) dan sekitarnya kelihatan kabur berikutan keadaan jerebu yang melanda ketika tinjauan foto Bernama di pusat bandar hari ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cheras menunjukkan paras tidak sihat iaitu bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 140 pada 2 petang tadi.