Pahang nafi Temco bakal dilaksanakan di tiga daerah

Sallehuddin Ishak
Sallehuddin Ishak
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) akan dikuatkuasakan di Kuantan, Pekan dan Bentong berikutan satu kes positif di daerah ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, berita palsu berhubung perkara tersebut tular di laman sosial.

"Bagaimanapun, Jawatankuasa Task Force Covid-19 Pahang sedang giat melaksanakan proses pengesanan kontak rapat dan sedang membuat penilaian risiko terhadap kes terbabit.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan berita palsu sebaliknya merujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat yang tepat," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Sallehuddin berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak terdedah kepada jangkitan Covid-19.

"Sentiasa amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka terutama semasa berada di tempat awam dan elakkan kawasan yang sesak," katanya.

Artikel Berkaitan: