Adik setia jaga dua kakak sakit

Zuraidah sabar mengurus Kamaliah yang hanya mampu terlantar.
Zuraidah sabar mengurus Kamaliah yang hanya mampu terlantar.
A
A
A

KUANTAN - Kasih tidak bertepi, itulah ayat yang sesuai bagi mengambarkan pengorbanan seorang adik yang setia menjaga dua kakaknya yang uzur dan sakit sejak beberapa tahun lalu.

Ikatan persaudaraan terjalin itu menjadi tanggungjawab adik bongsu daripada lapan beradik untuk menguruskan sisa-sisa hayat kakaknya,Azizah Ahmad, 78, dan Kamaliah, 70, di rumah pusaka milik keluarga mereka di Bukit

Sekilau, di sini.

Zuraidah Ahmad, 65, berkata, keadaan itu perlu ditempuh selepas kakak sulungnya, Azizah menghidap penyakit batu dalam hempedu dan Kamalia pula mampu terlantar akibat saluran darah tersumbat.

Zuraidah
Zuraidah

Menurutnya, kakaknya, Kamaliah memerlukan perhatian lebih kerana dia tidak boleh bergerak dan memerlukan bantuan untuk bangun dari katil.

"Tiga tahun lalu, doktor sahkan Kamaliah alami saluran darah tersumbat, selepas rawatan dilakukan dia (Kamaliah)

tidak boleh berjalan.

Artikel Berkaitan:

"Beratnya juga melebihi 100 kilogram (kg)dan keadaan itu menyukarkan untuk bergerak sehingga dia perlu menghabiskan masa dengan berbaring di atas katil sahaja. Disebabkan itu, saya dan Azizah tidak pernah membiarkan dia bersendirian di dalam bilik," katanya ketika ditemui Bukit Sekilau di sini pada Ahad.

Ibu tunggal beranak satu itu memaklumkan, Kamaliah bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga untuk menguruskan keperluan harian susulan penyakit yang dihadapinya.

Katanya, kakaknya perlu mendapatkan bantuan daripadanya termasuk dan anak kepada Kamaliah untuk bergerak ke bilik air.

Ada ketikanya, ahli keluarga terpaksa mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mengangkat Kamaliah berikutan keadaan fizikalnya.

"Pernah kakak terjatuh beberapa kali di bilik air dan disebabkan fizikalnya, saya terpaksa meminta bantuan APM untuk mengangkatnya keluar.

"Saya tidak berdaya disebabkan fizikal kakak (Kamaliah) dan terima kasih kepada anggota APM dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," kongsinya lagi.

Zuraidah akan membantu kakaknya, Kamaliah untuk bangun pada setiap hari.
Zuraidah akan membantu kakaknya, Kamaliah untuk bangun pada setiap hari.

Ditanya mengenai sumber kewangan kehidupan, Zuraidah berkata, mereka bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP).

Menurutnya, bantuan turut diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan para sahabat yang sesekali singgah menghantar bantuan termasuk bekalan makanan.

"Kami bersyukur bantuan ini, membantu kelangsungan hidup dan tidak perlu meminta lebih daripada sesiapa. Kalau ada yang menghulurkan sumbangan kami terima dengan hati terbuka," ujarnya yang bersyukur kerana ALLAH memberi peluang untuk bersama dengan adik-beradiknya.

Jelas Zuraidah, mereka saling menyokong antara satu sama lain setiap kali melalui masa sukar, malah berkongsi gelak tawa dan cerita terutama tentang masa lalu.

Sementara itu, Kamaliah berkata, berterima kasih kepada Zuraidah kerana membantu menguruskan dan menguruskan keluarga sendirian.

"Ia bukan mudah tetapi dia (Zuraidah) tidak pernah merungut. Saya tidak pasti bagaimana keadaan jika dia tiada bersama saya berbaring di atas katil sepanjang hari," luahnya dengan nada sebak.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28