X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

18 lelaki direman kes tembak anggota PGA di sempadan

Dua daripada tiga warga Thailand direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden tembak membabitkan anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam. Sementara itu, 15 lagi individu warga tempatan turut direman empat hari. - Foto Bernama
A
A

KANGAR - [DIKEMASKINI] Seramai 18 lelaki termasuk warga Thailand yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand semalam direman bermula hari ini.

Tiga warga Thailand direman selama tujuh hari sehingga 1 Disember manakala 15 warga tempatan pula direman selama empat hari sehingga 28 November.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Kesemua mereka berumur antara 19 hingga 37 tahun itu dikawal oleh polis dibawa ke bilik reman dalam keadaan bergari kira-kira jam 8.50 pagi.

Dalam insiden awal pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah apabila berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Jasad mendiang Koperal Baharuddin Ramli tiba di kompleks perumahan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
 - Foto Bernama
Jasad mendiang Koperal Baharuddin Ramli tiba di kompleks perumahan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
 - Foto Bernama

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi berkata, tangkapan kesemua 18 individu itu dilakukan di Perlis semalam membabitkan dua siri tangkapan.

"Tangkapan pertama dilakukan pada jam 7 pagi manakala tangkapan kedua pada 9.30 pagi," katanya.

Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Norihan menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PM sedih anggota PGA maut ditembak penjenayah

Kes tembak di sempadan: Seorang lagi anggota PGA cedera

'Bapa pernah cakap mungkin nanti kena tembak'


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!