M Daud Kilau dirujuk ke IJN

M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan semalam selepas mengadu sesak nafas.
M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan semalam selepas mengadu sesak nafas.
A
A
A

TELUK INTAN - Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 3.15 petang semalam selepas mengadu mengalami sesak nafas akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN).

Timbalan Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr Noor Azira Haron berkata, rawatan yang dijalani mendapati, penyanyi veteran itu mengalami paru-paru berair kesan komplikasi sakit jantung.

Menurutnya, selepas menjalani rawatan, keadaannya semakin stabil, namun masih memerlukan rawatan lanjut.

"Rawatan ubatan yang sepatutnya sedang diberikan di samping bantuan oksigen untuk bantuan pernafasan.

"Pihak hospital akan merujuk tahap kesihatan beliau ke IJN untuk penilaian jantung," katanya.

M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 3.15 petang semalam selepas mengadu mengalami sesak nafas.

Sebelum ini, penyanyi veteran itu pernah dirawat di hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Ketika ditemui pemberita, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek itu bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup.

Artikel Berkaitan:

“Semalam saya sesak nafas, saya ingat dah tak ada lagi dah (meninggal dunia), rasanya dah hujung nafas, tetapi Alhamdulilah, ALLAH sayangkan saya lagi, masih izinkan saya bernafas,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan menzahirkan permohonan maaf terutama kepada rakan artis dan peminat sekiranya ada berbuat salah sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan penghibur.

"Keadaan diri saya sekarang tidaklah stabil mana, bernafas pun guna bantuan oksigen, jadi saya serah kepada ALLAH sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: M Daud Kilau alami sesak nafas