X

Kindly register in order to view this article
!

M Daud Kilau alami sesak nafas

M Daud Kilau
A
A

TELUK INTAN - Artis veteran, Datuk M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan di sini petang tadi akibat sesak nafas.

Perkara itu disahkan anak lelaki penyanyi itu, Ahmad Zaini yang memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.15 petang ini selepas mengadu sesak nafas sejak malam semalam.

Katanya, kira-kira jam 1 pagi tadi, penyanyi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan sebelum membawanya pulang ke rumah.

"Melihatkan keadaannya yang semakin teruk, saya terus membawanya ke Hospital Teluk Intan petang tadi.

"Beliau kini stabil namun dalam keadaan lemah," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, penyanyi berusia 83 tahun itu sudah beberapa kali dikejarkan ke hospital kerana masalah kesihatan yang dihidapi.

Penyanyi tersebut menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil menyebabkan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Keadaan kesihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Negara Malaysia (Finas), Zakaria Abd Hamid serta beberapa agensi lain yang berkunjung ke rumahnya di Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk.

ARTIKEL BERKAITAN:

M Daud Kilau terima bantuan kewangan JKM

M Daud Kilau mohon doakan dirinya sihat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!