Lapan unit stor kuaters Hospital Teluk Intan terbakar

Lapan unit stor di kuarters Hospital Teluk Intan terbakar pada Selasa.- Gambar hiasan - Foto 123RF
Lapan unit stor di kuarters Hospital Teluk Intan terbakar pada Selasa.- Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

IPOH - Lapan unit stor di kuarters Hospital Teluk Intan terbakar pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, lapan anggota dari BBP Teluk Intan dengan bantuan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.47 petang tadi.

"Kebakaran melibatkan lapan unit stor berkeluasan 1.5x2.4 meter setiap unit. Kebakaran dianggarkan hampir 30 peratus," katanya dalam kenyataanpada Selasa.

Mohd Ismail berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5 petang dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama