Intan Najuwa kini isteri kepada ahli perniagaan bergelar Datuk

Pelakon Intan Najuwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada Jumaat. - Foto IG Intan Najuwa
Pelakon Intan Najuwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada Jumaat. - Foto IG Intan Najuwa
A
A
A

PELAKON Intan Najuwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada Jumaat.

Selain perkahwinan Intan, satu lagi perkara yang menarik perhatian netizen adalah wanita yang sentiasa berada di sisi Intan sepanjang akad nikah berlangsung.

Difahamkan yang berjalan membawa Intan ke atas pelamin dan duduk bersama-sama dengannya itu merupakan ibu kepada Intan.

Rata-rata netizen memuji kecantikan ibu Intan selain mengatakan wanita itu juga kelihatan muda.

Untuk info, Intan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 6:45 petang Jumaat.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, telah selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Intan mengikat tali pertunangan bersama seorang individu berstatus Datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor.

Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan terputus di tengah jalan disebabkan tiada persefahaman. - Awani

Artikel Berkaitan: