X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi setahun lima bulan mangsa terbaru Covid-19 di Kelantan

A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan seorang bayi berusia setahun lima bulan positif wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, bayi lelaki itu merupakan kontak rapat kepada mangsa kes ke-162 yang disahkan positif wabak tersebut sebelum ini.

Menurutnya, selain bayi itu, seorang lelaki berusia 25 tahun (kes-163) yang merupakan adik kepada kes ke-162 turut disahkan positif Covid-19.

"Bayi lelaki (kes-164) merupakan anak saudara kepada kes ke-162. Bayi itu kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

"Lelaki berusia 25 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Tumpat untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, pengambilan sampel bagi dua kes ini dilakukan semalam iaitu ketika saringan kontak rapat kes ke-162 dan disahkan positif.

Beliau berkata, kes ke-163 dimasukkan ke Hospital Tumpat manakala bagi kes ke-164 ditempatkan ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa bagi kes ke-162 mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 19 hingga 22 September, sebelum disahkan positif Covid-19 pada Isnin lalu.

"Aktiviti pencegahan dan kawalan sedang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu bagi mengawal rantaian jangkitan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, elakkan bersalaman, bersentuhan dan berpelukan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!