Ribut kuat landa Kota Bharu

Tiga lelaki terperangkap di atas bumbung sebuah bangunan ketika ribut berlaku.
Tiga lelaki terperangkap di atas bumbung sebuah bangunan ketika ribut berlaku.
A
A
A

KOTA BHARU - Ribut kuat melanda Kota Bharu memusnahkan bumbung beberapa bangunan di bandar ini pada petang Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu disertai hujan lebat dan petir.

Antara yang terjejas, bumbung bangunan kompleks beli belah Aeon Mall Kota Bharu yang bocor hingga hujan melimpah ke dalam bangunan di tingkat tiga.

Turut terkesan atap bangunan berhampiran Hotel Ibis di Kota Lama dan papan iklan gergasi berhadapan Trioka tumbang selain kerosakan pada atap Balai Polis Kota Bharu.

Hujan lebat dan ribut petir menyebabkan kerosakan papan iklan. Gambar kiri: Keadaan di Balai Polis Kota Bharu selepas dilanda ribut.
Hujan lebat dan ribut petir menyebabkan kerosakan papan iklan. Gambar kiri: Keadaan di Balai Polis Kota Bharu selepas dilanda ribut.

Rakaman kejadian ribut berkenaan sempat dirakam orang awam dan dikongsikan di kumpulan WhatsApp serta Facebook.

Satu rakaman turut tular memaparkan tiga lelaki berada di atas bumbung sebuah bangunan yang dipercayai bertujuan membaiki bahagian itu sebelum terperangkap ketika ribut kuat melanda.

Hujan lebat berserta petir turut melanda daerah Bachok kira-kira waktu sama.

Bumbung yang diterbangkan ribut turut menghempap kenderaan orang ramai pada petang Isnin.
Bumbung yang diterbangkan ribut turut menghempap kenderaan orang ramai pada petang Isnin.